Sunday, April 12, 2009

Pembubaran MeCD : Peranan MITI

Pada pandangan saya MeCD merupakan kementerian yang telah banyak berjasa sejak penubuhannya pada tahun 1995 sehingga di umumkan pembubaran portfolionya, Apa yang dirunsingkan ialah banyak koperasi besar serta kecil yang mula wujud dibawah peranan MeCD serta syarikat2 yang mendapat lesen kerjasama dari MeCD. Kini gagasan2 kecil yang bekerja dibawah nama MeCD kini gusar akan kehilangan MeCD kerana sebelum ini jika bersilih ganti menteri ia tidak menjejaskan pergerakan syarikat2 ini namun kini apa yang lihat dan dengar dari perkongsian rakan2 dan saudara-mara, syarikat ini dalam dilema untuk meneruskan perniagaan dan ada yang selama ini bergantung nama dibawah MeCD terpaksa menangguh operasi atau mungkin dibubarkan. Jika di lihat dari segi kelebihan usahawan serta peniaga ini merupakan kerugian kepada mereka, namun dari sudut politiknya ia mungkin terpaksa dimansuhkan atas tujuan tertentu dan kita perlu tunggu sehingga sumber yang benar2 dari jabatan kementerian sendiri. Dato’ Noh memang seorang menteri yang banyak memperjuangkan hak2 usahawan yang kita dapat lihat banyak kemajuan dan pembangunan untuk sektor keusahawanan dan usaha ini dikagumi oleh ramai pihak (ada pihak mengatakan MeCD banyak mengunakan peruntukan untuk pembangunan keusahawanan, baiknya untuk siapa?).

Saya berharap dimana pembubaran MeCD tidak menjejaskan semangat keusahawanan yang terdapat dalam diri setiap individu usahawan tersendiri. Saya pernah menyertai PUM di sekolah, memegang jawatan sebagai exco keusahawanan MPP, exco perhubungan luar dan diplomasi kelab keusahawanan Universiti selama 2 tahun, presiden SIFE serta menyertai LKS sebagai peserta & KAKS sebagai fasilitator dan juga pernah mewakili universiti untuk lawatan teknikal ke luar negara, banyak keuntungannya untuk mengasah bakat serta memantapkan ilmu tentang keusahawanan lagi. Disini ramai mahasiswa yang mendapat ilmu tentang keusahawanan yang ditanggung oleh MeCD, tidak dikira program2 yang lain. Namun jika tidak dapat menyertai untuk peringkat unversiti masih ada lagi peluang2 lain yang di anjurkan oleh pihak MARA untuk bakal2 usahawan di luar (masing2 dapat bahagian masing2).

Saya berharap dengan pembubaran MeCD akan ada revolusi/platform terbaru untuk usahawan tidak kira peringkat umur agar tagline “Keusahawan Kerjaya Pilihan” merupakan garis panduan yang sentiasa di laungkan untuk bidang keusahawanan. Sekian sahaja perkongsian saya dan kita tunggu jika ada sumber yang baru di masa akan datang.

Sekian , terima kasih


Tag:

1. Nobisha: Kementerian Pembangunan Usahawan
2. C-bOk: Kenapa bubarkan MECD Pejuang Dasar Ekonomi Baru?
3. Tempurung Kaca: MECD Dibubarkan!!
4. Shahabudeen Jalil: Senarai Menteri Kabinet 2009, Mana Kementerian Usahawan ?
5. Siapa Ambil Peranan MECD ?

klik disini untuk ke forum Berita Usahawan

0 comments: