Thursday, November 27, 2008

Perniagaan Gerai Makanan dan Minuman

Alhamdulillah,


Sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk berniaga sempena hari termasya Konvokesyen UMP 08 sebagai wakil kelab SIFE dan ahli kelab Usahawan di Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang.



Kali ini saya menjalankan perniagaan makanan pula, kerana peluang untuk menjual bunga diberikan kepada orang baru. Namun ini merupakan permulaan kepada saya untuk menyediakan makanan kepada orang ramai, ini juga pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dan akan saya ingat dan kenang sampai bila2. Waktu ini sangat mencabar dimana setiap pengurusan serta gerak kerja berada di bahu saya dan pekerja yang saya lantik hanya hadir dan dibayar untuk hari kejadian. Saya agak kekok untuk menulis posting ini kerana banyak sangat perkara yang mengajar saya ketika saya berurusan dalam bidang F&B (Food and Beverage).


Saya ada keluarga angkat yang memiliki cafe di kolej kediaman kami dan juga ada servis katering. Jadi di sini saya sudah rasa lega kerana ada tempat untuk saya memerlukan bantuan, sebenarnya pada awal2 lagi saya sering makan di cafe ini sepanjang saya menuntut, memang regular customer lah pendek kata.. tak lari mana dah lagipun cafe ini masak mengikut selera saya, jadi kenapa perlu saya cari lain.. jadi apabila dah regular mula la berborak dengan tokey kedai kemudian dapat diskaun sebagai regular hehe.. saya berkawan dengan anak tokey dan sering lepak sama2 lepak di bilik saya bila jika dia ingin berehat dah macam saudara.


Ketika itu saya meminjam peralatan untuk masak,hidang dan pengangkutan untuk ke gerai. pendek kata bisnes F&B perlu ada tunjuk ajar dari yang berpengalaman kerana ia perlu di teliti dan persis supaya produk kita sampai tepat pada kehendak masa dan pelanggan. Persiapan sehari sebelum hari kejadian dah dibuat iaitu membeli bahan2 yang hendak digunakan untuk tujuan pembungkusan dan logistik. Bahan2 makanan saya serahkan bulat2 kepada mak angkat saya kerana saya belum pandai masak lagi ~hehe masa sangat suntuk jadi pembahagian kerja perlu dilakukan supaya kita tidak menanggung setiap kemungkinan. Saya bersama teman menyelesaikan perkara yang berkaitan logistik untuk hari kejadian dan saya sendiri yang mengambil makanan dan minuman.

Pada hari kejadian, keadaan memang seperti apa yang berlaku pada tahun sudah ibu bapa serta para graduan sudah berpusu2 untuk masuk ke dewan. Seperti tahun lepas graduan dari bacth senior saya, namun kali ini hampir separuh dari bacth saya kerana mereka sudah tamat pengajian awal. Namun perjalanan seperti apa yang telah saya rancangkan, persiapan juga di buat rapi pada awal pagi kami sudah tiba di lokasi kerana jika lewat nanti rugi pula.

Gerai yang beroperasi semasa hari kejadian terdapat 2 lot bunga, 2 lot makanan dan minuman, 1 lot perkhidmatan fotografi dan ada beberapa peniaga kecil yang memiliki lesen untuk berniaga di premis berlesen MPK (Majlis Perbendaran Kuantan). Sangat meriah seperti apa yang saya harapkan pada tahun lepas untuk melihat lebih ramai peniaga berniaga sewaktu Konvokesyen berlansung. Saya melantik 2 lelaki dan 2 perempuan(ini pelaris jualan sebenarnya ~hehe tips ni) untuk berkhidmat di gerai saya dan dibayar upah.


Purata jualan balik modal namun terdapat lebihan makanan yang agak banyak dan pogram pula berlansung hanya sehari. Disini saya belajar supaya saya lebih peka terhadap pemilihan menu dan bahan mentah agar tidak berlaku pembaziran. Kadang2 saya sedih tengok jika makanan berlebihan, hendak dikira keuntungan dan modal sudah ada namun pembaziran juga merupakan kerugian yang kita alami. Jadi saya membawa lebihan makanan ke kolej dan berikan kepada rakan2 yang masih menginap di kolej, sekurang2nya tidaklah ia dibuang.

Bila selesai mengemas, bayar upah dan modal makanan serta kira keuntungan saya rasa penat sewaktu berniaga dilupakan kerana saya hanya mampu tersenyum. Apa lagi nak melompat2 pun tak larat dah~ senyum puas pun cukup lah. Malam pula ada gathering dengan kawan2 yang dah graduate.


Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana rezeki yang dikurniakan serta terima kasih diatas sokongan ibubapa, teman dan rakan sekerja, keluarga angkat saya serta En Riduan yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar serta bantuan yang mendorong ke arah kejayaan semoga Allah SWT memurahkan rezeki dan panjangkan umur anda semua.

Kepada pengunjung blog ini juga terima kasih kerana sudi membaca. Saya harapkan ada generasi yang akan meneruskan kejayaan seperti ini.

REMEMBER MY WORD

"You NEVER failed!! You Just Get Wrong Result!"

Saya kata ;
Kita tidak boleh lari dari membuat kesilapan,
Tetapi kita belajar untuk tidak membuat kesilapan yang sama berulang kali,
Teruskan usaha serta perbaiki kesilapan yang dilakukan!

1 comments:

sHayE_mok said...

u r such biz minded person...insyaAllah...u deserved the best..