Sempena bulan ramadhan yang mulia umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah dengan berpuasa sepanjang bulan ramadhan, bersedekah serta memperbanyakkan ibadah dengan amalan-amalan kebajikan dan kerohanian.
Kesempatan ini juga memberi peluang kepada usahawan yang mengambil peluang untuk berniaga mencari rezeki sepanjang ramadhan dengan menyediakan pelbagai juadah makanan serta jualan-jualan sempena menyambut hari raya aidilfitri.
Menjelang bulan ramadhan seperti dilanda tsunami makanan,
lambakan makanan di bazaar serta pasar,
Cabaran serta godaan terhadap juadah berbuka bergantung pada iman,
Itu beli ini pun beli, bila dihidang seperti kenduri makan besar.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk turut bersama berniaga di bazaar ramadhan setelah 3 tahun saya bersama kelab keusahawanan UMP kini dikenali sebagai KAWAN UMP di belakang tabir dan bergilir-gilir untuk menjalankan tugas di samping mengurus peniaga-peniaga bazaar siswa/i, menjaga kebajikan serta peralatan dan sentisa bersama ahli kelab untuk menjaga gerai. Apa yang saya pelajari sepanjang pemerhatian serta pengalaman menguruskan gerai bersama kelab saya berjanji yang suatu hari saya akan memiliki gerai sendiri untuk saya uruskan.
Seperti apa yang saya hajati, berkat doa dariNya serta dorongan kenalan rapat serta keluarga untuk saya berniaga di bazaar,menggunakan semula pengalaman saya semasa menguruskan makanan semasa konvokesyen UMP 08 di dewan Jubli Perak Kuantan sebelum ini maka sebelum menjelang bulan ramadhan saya sudah merancang apa yang perlu serta patut saya lakukan untuk berniaga, saya menulis semua perancangan yang saya lakukan di dalam sebuah buku nota hitam (nak jadi usahawan wajib ada nota untuk mencatit, orang yang berjaya sekarang langkah pertama mereka ialah memiliki nota) milik saya yang saya gunakan untuk menulis segala idea bisnes serta perancangan gerak kerja. Orang kata " bisnes stakat cokia je pun planning macam juta-juta punya projek!" itu kritikan yang saya terima pada awal saya hendak memcatit perancangan belum lagi untuk menjual! bulan puasa takpe kita kena banyak bersabar dapat pahala besar, sabar pun dah separuh daripada iman.
Saya melantik 3 rakan saya (budak2 ni hemsem2 no wonder pelanggan roti don rata2 hampir 70% adalah awek2 je ~hehe ni pelaris gerai sebenarnya tips ni!) untuk bekerja bersama saya sehingga tamat tempoh beroperasi dan yang secara tidak lansung rakan2 lain yang turut membantu juga untuk memudahkan kerja kami.
Perancangan perlu dibuat dengan teliti bagi mengelak kemungkinan kita merugikan perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu, Time is money! sekiranya sudah merancang maka risiko untuk kita melakukan sesuatu pekerjaan akan berkurangan. Andai kata apa kemungkinan yang berlaku tidak ada dalam perancangan maka ia merupakan perkara yang berlaku tanpa kita jangkakan dan ia boleh di maafkan. Contohnya, semasa perancangan anda tidak anda terfikir untuk menyediakan kemudahan untuk membasuh peralatan yang dipakai~ ia selalu berlaku walaupun remeh namun ia boleh dimaafkan. Anda faham kan?
Bukanlah semudah seperti yang kita lihat apabila kita berniaga setiap perkara harus di teliti dengan terperinci supaya tidak kelam kabut. Memang agak perit jika hendak memulakan perniagaan apatah lagi saya tidak mempunyai sebarang pengangkutan, nasib baik ada ehsan dari kawan-kawan (mereka ni merupakan business partner sebenarnya jadi kita kena la bagi upah kepada mereka jugak ~hehe) setiap kali bekalan habis terpaksalah meminjam kenderaan mereka untuk membeli dan yang paling kelakar hendak berniaga pun masing-masing tak ada transport.. (jangan jadikan alasan lagi jika tidak ada transport atk boleh berniaga) pengalaman seperti ini boleh menjatuhkan semangat bagi sesetengah orang kadang-kadang bila dah penat mula lah fikir macam2 rasa nak tutup kedai lah tapi sebenarnya itu perasaan yang sering bermain difikiran mana2 manusia, yang penting kita kena stay Focus! apa matlamat yang kita rancang dari awal.
Pada saya, mengikut pengalaman hidup serta pengalaman rakan2 jika kita give up terlalu awal kita sentiasa kesal dengan tindakan kita yang terlampau mengikut perasaan. Contohnya saya gunakan pengalaman saya, dahulu saya melakukan perniagaan menjual topup selama 5 bulan dan sepanjang tempoh itu saya sering jadi tumpuan pelanggan. Bisnes ok, cuma saya tidak meneruskan berikutan selepas naik semester saya beralih kepada projek baru dan agak kekok untuk meneruskan semula perniagaan topup dan ketika itu pun fikiran dah pelbagai seperti "alahai nak kena tampal poster lagi" , "bilik pun dah tukar", " dulu boleh suruh2 kawan sebilik untuk update sebab dia ada motor, lecehnye". Disini apabila kita hanya memikirkan kesusahan diri sendiri berbanding kesenangan akan datang serta perkhidmatan terhadap pelanggan lama akhirnya ia akan terkubur, saya masih kesal dengan tindakan itu pada ketika itu. Walaubagaimana pun kini saya fikir apa yang saya lakukan harus saya rancang dan tentukan matlamat sebaik2nya, jika dulu saya jual topup kerana saya sentiasa di bilik tetapi kini saya jarang di bilik kalau tak nanti orang datang saya pulak yang takde ~hehe. Apa nak heran kan dah ramai yang jual topup jadi tak perlu lah meramaikan yang dah ramai. Anda faham kan? banyak lagi cara yang boleh buat duit..
Tips dari saya jika hendak belajar buat bisnes mulakan dengan yang paling asas iaitu jual barang2 keperluan asas contoh paling ringkas makanan, topup, perkara logistik seperti printing service, mesin pencuci dan lain2 lagi asalkan risiko, kerugian dan tekanan kurang berbanding perkara lain. Anda faham kan? atau Download : Ebook 40 Panduan Membuat Wang dari Rumah
Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana rezeki yang dikurniakan serta terima kasih diatas sokongan ibubapa, teman dan rakan2 sekerja, keluarga angkat saya serta En Riduan yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar serta bantuan yang mendorong ke arah kejayaan semoga Allah SWT memurahkan rezeki dan panjangkan umur anda semua.
Kepada pengunjung blog ini juga terima kasih kerana sudi membaca. Saya harapkan ada generasi yang akan meneruskan kejayaan seperti ini.
REMEMBER MY WORD
"You NEVER failed!! You Just Get Wr0ng Result!"
Saya kata ;
Kita tidak boleh lari dari membuat kesilapan,
Tetapi kita belajar untuk tidak membuat kesilapan yang sama berulang kali,
Teruskan usaha serta perbaiki kesilapan yang dilakukan!



























1 comments:
y muke sye dan pia tiade..kami pon pelaris+cleaner sejati gerai anda..
harap maklum yer..
Post a Comment