Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Brilliant But Lazy version 2.0 (current version), Sebagai seorang pelajar di universiti tempatan saya mula menceburi bidang keusahawanan apabila merasakan minat terhadap bidang keushawanan lalu saya melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan sejak tahun 2004. Pada mulanya, jika di fikirkan memang tidak berkaitan dengan jurusan yang saya pelajari untuk saya meneruskan minat saya yang mendalam terhadap bidang keusahawanan mendorong semangat saya untuk meneroka bidang ini apabila mendapati peluang yang ada masih banyak belum diteroka dan saya mula mengatur stratergik dan melibatkan diri serta berkongsi pengalaman yang saya ada bersama rakan-rakan lain. Menyahut saranan MeCD( Kementerian Keusahawanan dan Koperasi ) "KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN"
Web blog ini adalah laman rasmi syarikat DF Excel Trading Enterprise milikan saya di mana di sini saya bakal berkongsi tentang peristiwa, idea dan pendapat serta teknologi yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan seperti seminar/motivasi, peluang perniagaan, potensi perniagaan,penglibatan keusahawanan, ekonomi semasa, komentar dan stratergi pemasaran,kewangan, pentadbiran serta dunia teknologi dalam arus permodenan perniagaan.
Semoga pengisian akan datang akan membawa anda ke dunia perniagaan serta bidang pilihan anda. Nantikan post akan datang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melawat laman ini serta membaca.




























0 comments:
Post a Comment